Saturday, June 26, 2010

barakallah.....

assalamualaikum...

tak tau pun ape kaitan tjuk tu ngan post ni..

tapi tu tajuk lagu maher zain yg saya sangat minat lately...

dah jarang update skang..
sem ni agak tough...
macam2 cabaran....
banyak yang perlu ditempuh..
Allah je yang tau...betapa sukar dan betapa manisnya kehidupan sebagai pejuang fi sabilillah...

Alhamdulillah....
sem ni agak teratur..
but still, i'm afraid of something...

MUET
MUET.........
MUET..................
MUET.....................
.

nak lupakan pun x boleh..
even busy ngan keje.....
tapi mesti akan teringat.....
bile dah teringat tu...
mulalah pk yang bukan2....
bayangkan mende2 yang menakutkan....

aku percaya pada DOA.....
DIA tahu apa yang terbaik utk ak....

tapi.......
kali ni aku mintak sangat33.....

supaya DIA izinkan aku gembirakan n bahagiakan ibu n ayah...

tolonglah ya Allah....
aku tak sanggup hadapi kegagalan....

dah hampir 19 tahun aku hidup di mukan bumi ni...
aku hanya banyak susahkan n bebankan mereka..........
bantulah hambaMU ini...
NUR SYAIRAH SAFIAH BINTI JAMALULIL
untuk mencapai cita-cita nya...

Ameenn......................

Saturday, June 5, 2010

sedarlah umat ISLAM.......

dulu...bila dengar cite pasal Palestin..Israel...semua buat tak kisah..

memang la kesian...tp sampai mane je kesian tu???

kalo stakat..

'kuang ajar punye israel!'
'sampai hati diorang buat cmtu.....'
'diorang takde perasaan ke??'

tu je la....

tapi...bila fikir balik,....
macam mane ekspresi cmtu boleh tolong diorg??
boleh ke ekspresi tu musnahkan Israel??

fikir lah....
dulu..
bila ada citer pasal orang palestin kena tembak ke...org Palestin mati ke...
memang la semua sedih...
semua kesian..
tapi setakat tu je la...
pastu hilang dh...

sekarang ni...
bila kapal MV Mavi Marmara tu kne serang dengan Israel....
ada rakyat Malaysia dalam kapal tu...
baru la....semua nak buat tunjuk perasaan la...
nak marah...
time ni la nak cari Qunut Nazilah...
nak cari segala jenis doa untuk lindung semua orang yang ada kat situ....

tapi....
kita ni hambaNYA yang sangatlah lemah...
apa yang kita boleh buat jus DOA

Sesungguhnya.....DOA tu senjata orang mukmin....

yang sedihnye...
dalam keadaan macam ni pown ade lagi yang buat tak kisah...
buat macam benda ni perkara biasa...

c'mon la!

biasa ke kalo orang ISLAM ramai meninggal..tapi...ade sebilangan yang buat tak kisah???

bila agaknye kita nak btol2 sedar??
nk tunggu ade saudara terdekat kita mati...
baru la nak mengamuk tak tentu pasal???
cmtu ke???

Astaghfirullah al azim....

berubahlah umat ISLAM sekalian...
hadapilah REALITI...

kita bukan lagi di zon selamat...

kita kena sentiasa berjaga-jaga...

teruskanlah berdoa....


*post ni bukan nak menyalahkan sape2....sekadar ingatan untuk semua dan hambaNYA yg lemah lagi jahil ini..

Wallahua'lam....

Tuesday, June 1, 2010

Flotila Gaza diserang Israel

BAITULMAQDIS 31 Mei - Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila komando Israel hari ini menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, setelah mendakwa mereka menghadapi tentangan tidak disangka-sangka ketika menaiki kapal tersebut.

Sebuah badan amal Turki menyatakan bahawa kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada rakyat negara itu.

Kedua-dua belah pihak memberi maklumat berbeza-beza tentang apa yang berlaku dengan rejim Zionis mengarahkan semua maklumat berhubung mangsa yang cedera atau terbunuh dalam operasi kejam itu dihalang daripada disebarkan.

Berita terkini yang diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas daripada konvoi Life Line for Gaza (LL4G) dari Malaysia menyatakan bahawa satu daripada enam kapal dalam misi itu, Mavi Marmara telah diserang oleh helikopter tentera Israel pada pukul tujuh pagi waktu Mekah (kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Malaysia).

Persoalan masih berlegar mengenai nasib penerima anugerah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara dan ahli Parlimen Eropah yang juga bangsa Yahudi yang terselamat dari Holocaust, Hedy Epstein, 85.

Sementara itu, nasib wartawan Malaysia dari saluran Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip masih belum diketahui, namun enam lagi rakyat Malaysia lain berada dalam keadaan selamat.

'Flotila Pembebasan' itu menuju ke Gaza dalam misi untuk menarik perhatian dunia mengenai kepungan selama tiga tahun rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu selepas pergerakan Hamas mengambil alih kuasa di sana.

Kumpulan kapal itu mula menuju Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus pada pukul tiga petang (pukul lapan malam tadi waktu Malaysia), dengan harapan dapat memasuki perairan Gaza pada waktu siang,

Enam jam selepas bertolak, tiga bot peluru berpandu Israel meninggalkan bandar Haifa untuk memintas flotila itu.

"Amat menjelikkan bila mereka naik ke atas kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam," kata jurucakap pergerakan Free Gaza, Greta Berlin yang menganjurkan flotila itu.

Hamas hari ini turut menyeru negara-negara Arab dan umat Islam 'bangkit' mengadakan protes di hadapan Kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah tindakan pasukan tentera laut rejim Zionis Israel itu,

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'pembunuhan besar-besaran' sementara Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai 'jenayah' ke atas misi kemanusiaan.

Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap 'tindakan pengganas' Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.

Flotila tiga kapal kargo dan tiga kapal penumpang itu mengangkut 10,000 tan bahan bantuan dan 700 aktivis yang dilarang oleh rejim Zionis seperti simen dan bahan-bahan pembinaan lain.

Ini adalah kali kesembilan pergerakan Bebaskan Gaza cuba membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak Ogos 2008.

Israel membenarkan kapal seumpamanya masuk lima kali tetapi telah menarik balik kebenaran itu daripada memasuki perairan Gaza sejak serangan ketenteraan Zionis ke atas Gaza pada Disember 2008 hingga Januari 2009. - AFP/AP/Utusan


tak ada guna kalau kita terus bersedih..

marah..benci..meluat..menyampah kpada tentera2 israel..

sedarlah wahai umat islam sekalian...

mereka memerlukan sokongan dan DOA dari kita semua..


sesungguhnya...DOA itulah satu-satunya senjata orang mukmin..